DBP

Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu

$28

Author: -

Type: Hardback

Pages: 807


Lingkungan pantun ialah kehidupan dan alam. Resah gelisah, rindu dan impian, niat dan hajat, selalunya diukir dan didedahkan tanpa tabir. Pantun menjadi penghubung kata yang setia pada segala permintaan diri. Pantun memberikan ruang dan bidang pengucapan yang cukup luas untuk difahami. Ia merupakan bentuk pengucapan dengan fungsi sosial dan psikologi yang cukup berkesan.

Rangkap-rangkap pantun menjadi saksi kepada ketulenan dan keaslian lidah orang Melayu menuturkan pantun, puisi warisan yang mencerminkan sifat-sifat dan sikap orang Melayu yang amat memementingkan kasih sayang, menjunjung tinggi hubungan kekeluargaan, budi, menghormati diri dan menghormati sesama insan, muafakat, dan pelbagai nilai murni yang lain lagi. Segala-galanya terungkap dalam pantun yang mengungkapkan segala aspek kehidupan orang Melayu dan terpancar dalam kumpulan pantun ini: Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu.

You may also like

Recently viewed