Helmy Samad Publications
Langit Petang
$19
Author: A. Samad Said
Type: Paperback
Pages: 174
DIA sedar kenangan-kenangan seperti ini memangnya berguna bagi setiap manusia - tanpa kenangan ertinya tumpasnya gerak atau riak otak manusia. Seorang pentafsir mimpi dan kenangan pernah berkata begitu. Tanpa kenangan bererti seseorang tidak lagi mempunyai sejarah.
Tanpanya, seseorang terpaksa bermula semula, kerana tidak lagi mempunyai telaga untuk membanding atau menilai pengalaman-pengalaman barunya itu. Lebih buruk lagi, tanpa kenangan tidak mustahil manusia terhenti berfikir. Tanpa berfikir manusia tidak akan sedar kehadirannya, kewujudannya.