Akademi Jawi Malaysia

Lidah Melayu: Kitab Ilmu Bahasa Jawi

$28

Author: Ahmad Ya'Qub Al-Johor

Type: Paperback

Pages: 576

"Adapun jika kita menggunakan kerangka bahasa yang sempit, atau hanya menganggap garis sempadan Jawi ialah sebatas tulisan, maka kita tidak akan dapat melihat kepentingan dan sumbangan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Ya‘qub al-Johori dalam pengarangan Lidah Melayu ini. Sesungguhnya setiap bahagian ‘ilmu bahasa Jawi yang ditampilkan oleh beliau menampilkan nilai dan harga yang amat tinggi. Daya rengkah pengarang dan keluasan perbahathan ‘ilmu seperti yang tersurat pada Lidah Melayu ialah panduan kepada angkatan kini untuk memahami jalan dan gaya bahasa yang terdapat dalam kitab-kitab Jawi yang terdahulu. Bahkan Lidah Melayu tidak semata-mata mencedok ‘ilmu bahasa ‘Arab dan memaksakan rupacita persuratan bahasa Melayu totok-totok menuruti bahasa ‘Arab itu,  tetapi Tuan Guru telah menggubah, mencipta dan mematangkan ‘ilmu bahasa tanah air ia menjadi sebuah bahasa yang dihormati dan dibanggai."

You may also like

Recently viewed