Buku FIXI
Mastura
Author: A. Samad Ismail
Type: Paperback
Pages: 228
Kumpulan cerpen ini mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 10 kisah dengan pelbagai rasa. Berbeza dengan Temasya Tinta yang bertemakan dunia wartawan, koleksi Mastura ini memberi tumpuan kepada kisah rumah tangga.
Yang sudah berkahwin diuji dengan kecurangan (cerpen "Amelia") dan kegelisahan ("Mastura"), manakala yang belum berkahwin diuji dengan kesukaran untuk berhubung dengan pasangan serasi ("Belum Baik-Baik Lagi", "Puthu" dan "Dongeng"). Gambaran unik diberi untuk insan yang memilih jalan lain ("Pak Yak Mahu Kahwin"). Kisah-kisah manis yang merakam detik meniti remaja ("Kau Mesti Sunat, Kata Bapa" dan "Mandi Kolam") mengimbas kembali hubungan antara gender sebelum wujudnya tabu masyarakat. Dan koleksi dilengkapkan dengan potret suami isteri yang telah bertukar peranan menjadi ibu bapa ("Rumah Pak Haji Harun") atau datuk dan nenek ("Ke Rumah Cucu").
A. Samad Ismail sekali lagi membuktikan kepekaan dan kelucuannya dalam memahami manusia yang tidak pernah sempurna namun penuh warna!
