Nurul Anwar Bookstore

Mengalir Dari Syurga: Tafsir Mawdui Sungai

$24

Author: Dato’ Prof Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff

Pages:

Type: Paperback

Apakah intipati ajaran Islam tentang pelestarian sungai yang boleh mendorong untuk membersih, menjernih atau mengindahkan aliran sungai di negara majoriti Islam?

Apakah kerangka amal Islami tentang tanggungjawab memulihara sumber air, terutamanya sungai?

Apakah 37 ayat al-Qur’an tentang “syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” boleh menjadi pencetus amal pelestarian sungai dalam kerangka pemikiran umat Islam?

Penulisan Tafsir Mawdu‘i Sungai merupakan usaha sinergi untuk mengadunkan antara kepakaran bidang ‘ilmu al-Qur’an dan ‘alam sekitar. Usaha bersepadu ini bertujuan supaya ayat-ayat suci al-Qur‘an dapat mudah difahami, dibumikan dan dizahirkan ma‘nanya sepanjang zaman.

Dato’ Prof Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff merupakan  profesor di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (bermula 2006). Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Qur’an Malaysia (LPQM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik, Institut Kemahiran Islam Malaysia, Sarawak (IKMAS). Sepanjang kerjaya, beliau telah menghasilkan lebih 54 buah buku, lebih 100 artikel jurnal dan prosiding; menjadi penyelia akademik kepada lebih 100 pelajar lulusan ijazah sarjana dan PhD; dan menjalankan penyelidikan peringkat tempatan dan antarabangsa.
 

Profesor Emeritus Dato’ Seri Dr Ir Zaini Ujang ialah Pengerusi, Majlis Kelayakan Malaysia (MQA), Pro-Canselor, Management and Science University (MSU) dan Professor Fellow Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (2008-2013) dan Ketua Setiausaha enam kementerian berkaitan pendidikan tinggi, alam sekitar, air, tenaga, teknologi hijau, sumber manusia dan kesihatan (2013-2025).


You may also like

Recently viewed