Tentang Kita
Menjadi Perempuan Tumbuh Dengan Membaca
$20
Author: Safa Safwan
Pages:
Type: Softcover
Menjadi wanita yang memakai pelbagai topi kadangkala menjadi satu cabaran besar
buat kita. Namun, saya melihat daripada perspektif yang berbeza. Saya melihat,
dengan memakai pelbagai topi, ada banyak kemungkinan-kemungkinan yang membuka
ruang untuk saya menyebarkan segala bentuk kebaikan. Khususnya melalui dunia buku.
Iqra bukan semata-mata membaca, bahkan sedang membentuk karakter untuk kita
menyebarkan segala bentuk kebaikan. Peluang terbaik saya bermula saat memakai topi
seorang ibu.
Seorang wanita yang tidak bercita-cita hanya mampu melahirkan zuriat yang lemah.
”
Buya Hamka dalam Dari Lembah dan Cita-Cita.
