Penerbit Alami Sdn Bhd

Miftahul Malayu: Sejarah Islam Alam Melayu

$152

Author: Hasanuddin Yusof & Tn Suzana Tun Othman

Pages: 412 

Type: Hardcover

Ilmu sejarah merupakan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya ilmu sejarah sehinggakan ayat-ayat tentang penceritaan sejarah masa lampau merupakan ayat-ayat yang paling banyak terkandung dalam al-Quran. Kisah Nabi-nabi, para penentang mereka dan kisah-kisah sejarah yang lain menjadi panduan kepada umat dalam melayari hidup pada hari ini dan pada masa akan datang. Sesuatu bangsa dan ketamadunan itu akan hancur bila mana sejarahnya diracuni atau diselewengkan. Sebab itulah, orang-orang barat seolah-olah berlumba-lumba menulis sejarah tentang Alam Melayu.

Amatlah malang sekali bagi bangsa ini jika kita tidak mengendahkan dan tidak bersikap prihatin ke atas sejarah bangsa kita sendiri terutamanya sejarah yang berkaitan dengan Islam. Akibat buta sejarah, sesebuah bangsa juga boleh hilang jati diri.

Buku ini diberi judul 'Miftahul Malayu' yang bermaksud 'kunci bangsa Melayu' kerana sejarah merupakan kunci bagi kebangkitan dan kejatuhan sesebuah bangsa. Menerut penulis, Dr Mohd Hasanuddin, penulis merasa terpanggil untuk menulis buku Miftahul Malayu ini apabila membaca tulisan dan hasrat Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar. Dalam buku tersebut, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa antara kelemahan bangsa Melayu ialah mengabaikan atau tidak mengambil berat tentang sejarah tempatan atau sejarah bangsanya sendiri.

Dengan mempelajari, memahami serta menghayati intisari daripada ciri-ciri peradaban Islam dalam konteks 'Naratif Alam Melayu atau Nusantara' yang terkandung pada tajuk Miftahul Malayu ini, semoga dapat dihidupkan kembali elemen tarbiyah ruhiyyah' serta sosialisasi dan pembudayaan tauhid-tasawuf melalui berbagai strategi dan dinamika yang digerakkan para ulama serta umara masa kini, dengan dokongan seluruh jentera masyarakat dan negara. Mudah- ianya akan dapat mewujudkan kembali generasi Melayu sebagai 'bangsa pendokong agama yang utuh dan tegar sebagaimana tradisi leluhur semenjak beratus-ratus tahun dahulu.

You may also like

Recently viewed