Lestari Hikmah
Minda Tertawan
Author: Syed Hussein Alatas
Pages: 78pp
"Minda Tertawan" merupakan satu gejala perhambaan sikap dan akal budi yang kronik khususnya dalam kalangan intelektual. Mereka bukan sahaja lesu dan tidak berupaya untuk memunculkan idea-idea baharu dengan tunjang pengalaman dan tradisi tempatan, mereka malah memusuhi pula cubaan untuk membawa keluar masyarakat dari penaklukan minda ini. Bagaimana mungkin, projek pembebasan masyarakat dan gagasan mandiri mampu diterbitkan dalam keadaan jiwa dan akal mereka masih dikendalikan dengan ukuran dan kerangka Barat secara lemah-taakulan.
Karya Alatas ini muncul pada masa yang terbaik, meskipun gejala ini telah diterjah puluhan tahun lalu oleh beliau, nampaknya gejala yang telah beroperasi secara ideologi ini tidaklah menguncup, melainkan terjelma dalam pelbagai bentuk baharu keterpasungan jiwa dan akal. Harapnya upaya intelektual ini dapat dimasyarakatkan seluruhnya dan tidak ternoktah di lembaran kertas semata.