Biblio Press

Mukadimah Edisi Bahasa Melayu (Muqaddimah) Ibn Khaldun

$40

Author: Ibn Khaldun

Pages: lxviii + 626

Type: Hardcover

Sejak 600 tahun dahulu, dunia Islam mengenali dan menyanjungi Ibn Khaldun sebagai satu sosok pemikir, filsuf, penulis, ahli sosiologi, dan politikus besar yang telah mewarnai sejarah dunia. Beliau lahir di Tunis ketika kesatuan umat Islam sedang terancam dengan ancaman dalaman dan luaran. Sebagai saksi mata terhadap kucar-kacir dan segala perubahan masyarakat yang berlaku, beliau menumpahkan ideanya dalam tulisan-tulisan serta makar politiknya.

Kitab Mukadimah ini merupakan jilid pertama daripada kitab yang lebih besar, iaitu Kitab al-'Ibar, sebuah percubaan Ibn Khaldun untuk menulis sejarah universal umat manusia sepanjang sejarah yang diketahui dan mampu diakses oleh beliau. Bukan itu sahaja, sebelum bermula menghuraikan sejarah segala umat dan bangsa yang ada di muka bumi, beliau berusaha menghuraikan dahulu jenis-jenis masyarakat, bagaimana masyarakat berubah, hubungan masyarakat dengan budaya dan persekitarannya masing-masing, dan pelbagai inkuiri lagi. Oleh sebab itulah, menurut ramai pemikir zaman moden ini, Ibn Khaldun selayaknya diangkat sebagai pengasas ilmu sosiologi moden. 

Selain itu, Ibn Khaldun juga melakukan percubaan untuk mendefinisikan ketamadunan manusia berserta ciri-cirinya. Setelah ribuan tahun manusia bertamadun, dan setelah banyak percubaan untuk menghuraikan persoalan ketamadunan, Ibn Khaldun turut meneruskan usaha ini. Perkara ini adalah penting supaya kerangka pemahaman kita terhadap sejarah menjadi lebih terpandu, berpaksikan konteks yang jelas, dan tidak mencampuradukkan konteks-konteks kemasyarakatan yang berbeza tamadunnya.

Penerbitan semula Kitab Mukadimah yang agung ini dalam Bahasa Melayu dengan suntingan baharu dalam edisi ini merupakan usaha untuk memperkenalkan semula Ibn Khaldun ke dalam kesedaran massa para pembaca berbahasa Melayu. Pada masa yang sama, diharapkan wacana tentang politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, sejarah, bahkan ketamadunan sekalipun, akan menjadi lebih matang dan berwibawa apabila idea-idea Ibn Khaldun dapat dirujuk dengan lebih mudah oleh khalayak pembaca.

You may also like

Recently viewed