Akademi Jawi Malaysia
Mustafa: Hikayat Keruhanian Seorang Kiai (Jawi)
Author: Jamal Ismail
Page: xii + 558
Type: Paperback
دهاݢي سيڠاڤورا 1915. بومي تماسيق برداره دڠن ڤرستيوا ڤمبرونتقكنعسكر سيڤوي بريتيش براݢام إسلام، سلڤس مندڠر خبراكن دهنتر مننتڠكراجأن عثمانية دالم ڤرڠ دنيا ڤرتام.
مصطفى: حكاية كروحانين سؤرڠ كياي اوله جمال إسماعيل اين مڠيصهكنڤڠمبارأن سؤرڠ توان ݢورو يڠ عالِم لاݢي صوفي، مڠهداڤي ڤلباݢاي موسوهيڠ بربيذا كڤرچيأن دان كڤنتيڠن، دمي منݢقكن اجاران إسلام يڠ بنر دبوميسيڠاڤورا دالم سواسان ڤنوه ڤرݢولقكن ايت.
ڤڠارڠ يڠ منريما انوݢره تون سري لانڠ سيڠاڤورا 2023 اين تله منظاهِركناينتيساري معنى روحاني دري سمودرا اجاران إسلام دڠن چريتا يڠ لينچه،واتق يڠ هيدوڤ دان بابق٢ يڠ ممبكس.
Dahagi Singapura 1915. Bumi Temasik berdarah denganperistiwa pemberontakan askar Sepoy British beragama Islam, selepas mendengar khabar akan dihantar menentang Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.
Mustafa: Hikayat Keruhanian Seorang Kiai oleh Jamal Ismail inimengisahkan pengembaraan seorang tuan guru yang ‘alim lagisufi, menghadapi pelbagai musuh yang berbeza kepercayaan dan kepentingan, demi menegakkan ajaran Islam yang benar di bumiSingapura dalam suasana penuh pergolakan itu.
Pengarang yang menerima Anugerah Tun Seri Lanang Singapura 2023 ini telah menzahirkan intisari ma‘na ruhani dari samuderaajaran Islam dengan cerita yang lincah, watak yang hidup dan babak-babak yang membekas.