Galeri Ilmu

Mutiara Ilmu Akidah

$9

Author: Dr. Ahmad Arif Zulkefli

Pages: 168

Type: Paperback

Naskhah kecil ini membawakan perbincangan perkara-perkara penting dalam akidah Islam secara ringkas dan padat mengikut neraca al-Ash‘ariyyah. Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya dengan jelas. Ia dibahagikan kepada enam bab utama mengikut Rukun Iman iaitu:  Beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Karya ini yang asalnya berbahasa Arab dengan judul Jawahir al-Kalamiyyah ditulis oleh seorang tokoh ilmuan Algeria yang mahir dalam pelbagai bidang.

Dr. Ahmad Arif Zulkefli merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pengkhususan al-Quran & Hadith dari Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Ijazah Sarjana dari Universiti Hassan II, Casablanca dalam bidang Dialog antara Agama dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Maghribi dalam bidang Akidah & Ulum Syariah. Bidang penulisan beliau merangkumi akidah, syariah, manuskrip dunia barat Islam, dan tamadun Islam. Mutiara Ilmu Akidah adalah karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

You may also like

Recently viewed