Prakxis

Ombak Selatan

$20

Author: Jamal Ismail

Pages: 274

Type: Paperback

Pengunduran pakatan tentera ANZUL dari Singapura pada tahun 1970-an, memaksa Sameon membawa keluarganya berpindah ke sebuah kampung di Pepys Road, Pasir Panjang. Kehidupan mreka terjejas apabila kampung-kampungterpaksa diroboh memberi laluan kepada kemajuan dan pembangunan. Ramai penduduk kampung terpaksa berpindah dan menyesakan diri tinggal di estet perumahan baru, termasuk para penduduk dari pulau-pulau selatan Singapura.

Di Pulau Sudong pula, Pneghulu Baharom tidak dapatmenahan anak-anak buahnya berpindah ke Singapura, memburu kehidupan baru yang selesa. Dia kehilangan hormat dan kuasa. Lebih menyulitkan, sara hidupnya sebagai nelayan terhambat. Sekola Melayu Pulau Sudong juga terpaksa ditutup kerana kekurangan murid, menjejas Cikgu Badron yang terpaksa dipindahkan mengajar di Tanah Besar Singapura. Keadaan tambah meruncing apabila Pneghulu Baharom hilang di laut dan mala petaka menimpa surau di kampung.

Namun, kejadian-kejadian malang itu merupakan sinar perubahan kepada seluruh landskap emosi dan pemikiran orang-orang kampung di Pasir Panjang dan Pulau Sudong dalam menghadapi kehidupan baru di Singapura yang terus pesat membangun.

You may also like

Recently viewed