Akademi Jawi Malaysia

Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu

$16

Author: Mohd Affendi Mohd Shafri

Pages: 52

Type: Paperback

Pengkajian berkenaan manuskrip perubatan Melayu semakin mendapat sambutan di kalangan para pengkaji sama ada timur dan barat. Justeru, buku ini disusun oleh penulis sebagai panduan asas kepada para pengkaji yang membuat kajian berkenaan manuskrip perubatan Melayu agar kajian dibuat lebih tersusun dan mencapai tujuannya.

Penulis merupakan pensharah di Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan juga ketua Projek Perdana Manuskrip Perubatan Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Perkembangan yang berlaku mutakhir ini memerlukan penyusunan sebuah panduan supaya kajian yang dilakukan lebih tersusun, dapat berkembang dengan terpimpin dan mencapai tujuan yang digariskan.

Kaedah sedia ada dan baharu yang telah diperkenalkan, dikumpulkan secara ringkas dalam panduan ini untuk digunakan dalam bengkel-bengkel perumian.

Buku panduan yang diberi nama Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu ini juga boleh dijadikan panduan kilat dan pantas oleh para pelajar dan pengkaji untuk merangka kajian dan menulis kertas cadangan kajian mereka.”

You may also like

Recently viewed