PTS Publishing House

Pendidikan Keimanan dan Akhlak

$19

 

Buku jilid kedua dalam Siri Pendidikan Anak Dalam Islam versi 2022

Asas kekuatan diri dan kejayaan seorang Muslim adalah memenuhi tuntutan fitrah yang memerlukan iman dan akhlak dalam kehidupan. Pemahaman keimanan yang kukuh dan keindahan akhlak tidak akan terbina dalam masa sehari pada anak-anak. Ibu bapa sebagai guru pertama perlu maklum apakah akhlak yang perlu diberikan penekanan kepada mereka sebagai bimbingan dan panduan. Oleh itu, ketahui bagaimana cara Rasulullah s.a.w. dan Islam mendidik anak-anak yang masih kecil dalam membina iman dan memperelok akhlak.

Pendidikan Anak-anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid kedua ini, memefokuskan kepada proses menerapkan dua pendidikan utama kepada anak-anak iaitu pendidikan iman dan akhlak.

You may also like

Recently viewed