IBDE
Perang Dunia Pertama: Sejarah Bergambar
Author: A.J.P. Taylor
Pages: 312
Type: Kulit lembut
P
Perang Dunia Pertama (1914–18) mengorbankan nyawa kira-kira 9–15 juta manusia. Tiada perang lain dalam sejarah dunia yang lebih banyak menelan korban berbanding Perang Dunia Pertama. Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo memulakan segalanya, Kuasa Tengah dan Kuasa Berikat menjadi pemain utamanya, Eropah menjadi gelanggang pertempurannya, manakala Perjanjian Versailles memuktamadkannya.
Banyak siri pertempuran dan rundingan berlaku, dan segalanya diriwayatkan secara terperinci oleh A.J.P. Taylor, sejarawan termasyhur abad ke-20. Seperti mendengar ceramah yang bersahaja, lengkap dengan selitan analisis dan jenaka, buku ini mencatatkan muslihat, ketamakan serta kegilaan manusia dalam perang yang menjadi parut besar dunia.
