Dewan Bahasa dan Pustaka

Perjudian

$16

Author: Othman Kelantan

Pages: 230

Type: Paperback

Rakyat marhaen yang bertukar menjadi para petani kelaparan tanah menyuguhkan rantaian drama dan tragedi yang tidak berkesudahan. Kisah lama yang pernah berlaku pada awal kemerdekaan di Kelantan, iaitu peristiwa para petani berarak ke Balai Besar lebih awal daripada tragedi kebuluran di Baling menjadi gambaran cerita dalam novel ini.

Di dalamnya tergarap kisah kesusahan hidup para petani yang meneroka tanah kerajaan. Ancaman serigala, haiwan berbisa dan juga manusia bernafsu serakah adalah liku-liku hidup yang dilalui dengan pahit dan getir. Sekuat mana pun mereka melawan, tetapi kemenangan akhirnya berpihak kepada pihak yang lebih berkuasa. Usaha puluhan tahun hangus di sebalik kekalahan yang paling tragis.

You may also like

Recently viewed