Dewan Bahasa dan Pustaka
Perwira
Author: Othman Kelantan
Pages: 236
Type: Paperback
Setelah gugurnya Tuk Janggut dan jenazahnya digantung berhari-hari oleh penjajah British, terdapat cerita mulut daripada saksi mata yang menceritakan bahawa ada seorang pemuda pengikut Tuk Janggut yang digiring oleh serdadu Gurkha dan dihukum tembak. Pemuda inilah antara beberapa pengikut Tuk Janggut yang terus melancarkan perang gerila terhadap penjajah British.
Pemuda ini ialah Awang Teleng, wira tidak didendang yang tidak pernah tertulis dalam sejarah perjuangan Tuk Janggut melawan penjajah British. S. Othman Kelantan yang memperoleh cerita tentang pemuda bernama Awang Teleng daripada seorang wanita tua yang ketika itu berusia awal belasan tahun, iaitu saksi mata kepada pemuda yang digiring itu telah melengkapkan sebuah novel epik perjuangan pengikut Tuk Janggut menjadi kisah kesatria yang sangat mendebarkan.
