Nurul Anwar Bookstore

Peta Ilmu & Peta Amal

$10

Author: Zainul Abidin Bin Abdul Halim

Pages: 68


Penulisan yang berada di tangan para pembaca ini cuba untuk menjelaskan keperluan memahami gambaran umum ilmu, atau yang penulis istilahkan sebagai "peta ilmu". Ianya agar penuntut ilmu tidak berada dalam kehairanan dan kebingungan kerana dihantui persoalan-persoalan ini; apakah tujuan utama dan kepentingan menuntut ilmu? Apakah pula tujuan yang dikehendaki daripada setiap ilmu yang dipelajarinya? Apakah ilmu yang harus dipelajari terlebih dahulu? Bagaimanakah hubungkait antara ilmu-ilmu tersebut?


Setelah selesai persoalan ilmu, kita akan memerhati pula pemetaan amal yang merupakan tujuan utama penulisan ini. Hal ini kerana amal dan mujahadah adalah jalan mendapatkan ilmu mukashafah seperti mana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali di dalam mukadimah kitab Ihya'.

 

You may also like

Recently viewed