
DBP
Puisi-Puisi Raja Ali Haji
Author: (Diselenggarakan) oleh Abu Hassan Sham
Type: Hardback with Sleeve
Pages: 802
Reviu di Goodreads:
Satu buku berkisar tentang kajian penulis mengenai semua yang berkaitan Raja Ali Haji walaupun tajuknya adalah puisi-puisi Raja Ali Haji.
Dalam buku ini diceritakan berkenaan Pulau Penyengat yang mempunyai satu perpustakaan yang di dalamnya mengandungi karya-karya penulisan yang dibeli oleh Raja Muhammad Yusuf. Diceritakan juga bahawa Hamka pernah melihat Al-Quran hasil tulisan tangan Ibnu Sina di perpustakaan ini iaitu di Masjid Raya Pulau Penyengat. Perpustakaan ini dipanggil Khutub Khanah Marhum Ahmadi.
Paling menarik di Pulau Penyengat juga ditubuhkan satu kelab iaitu Kelab Rusydiah. Tujuan penubuhan kelab ini adalah menggalakkan ahli-ahlinya menerbitkan seberapa banyak karya-karya dalam berbagai bidang. Selain bangsawan Bugis yang menganggotai kelab ini satu nama yang besar juga disebut menyertai kelab ini iaitu Syed Syeikh Al-Hadi.
Buku ini juga menerangkan bahawa Tarekat Naqsyabandiah berkembang luas di Pulau Penyengat.