
Darul Hikmah Press
Qasidah Burdah
Author: Imam Muhammad Bin Sa’id bin Hammad al-Busiri
Pages: 192
Type: Paperback
Kata Pengantar:
Shaykh Dr. Khaleel Ismael-Elias
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Terjemahan & Catatan:
Muhammad Afiq Amzar Bin Abd Khalid
Hari ini, setelah hampir 800 tahun semenjak penggubahannya, qasidah yang dipersembahkan kepada hadrat Baginda ini, barangkal, menjadi puisi termasyhur yang ditilawahkan dunia. Qasidah al-Burdah sering dinyanyikan secara mingguan, bulanan, serta dalam majlis-majlis keramaian yabg menghimpunkan para muslimin di segenap timur dan barat. Tradisi ini telah dituruntemurunkan oleh sebuah generasi ke sebuah generasi, sejak ia pertama kali dinyanyikan, sehinggalah ke hari ini. Kesemetaannya begitu unik merentasi pelbagai budaya dan bahasa yang berbeza. Ia disenandungkan dan diminati di segenap benua Islam; di semenanjung Arab, di maghribi, di Nusantara, dan lain-lain, persis seperti yang pernah dinyatakan oleh orientalis agung German yang begitu banyak menghasilkan karya-karya yang bermanfaat tentang Islam, Professor Annemarie Schimmel: “The Burdah is the favourite poem of Muslims everywhere”.