Akademi Jawi Malaysia

Qawam Al-Din Pada Menerangkan Perdirian Agama

$14

Author: Shaykh ‘Abdullah Fahim

Pages: 91 

Type: Paperback

Qawam al-Din pada Menerangkan Perdirian Agama merupakan salah satu karangan istimewa Tuan Guru Haji Ahmas Hashimi yang membahathkan perihal rukun iman. Naskhah ini sangat nadir kerana dipercayai satu-satunya karya bahasa Jawi berbentuk kitab tunggal yang terawal ditaṣḥīḥkan oleh ‘alim ulung Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah Tanah Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdullah Fahim. Hal ini tidak menghayrankan kerana hubungan aqrab antara Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi dengan gurunya itu, semasa menuntut dan berkhidmat di Madrasah Da’irat al-Ma‘arif al-Wataniyyah, Kepala Batas.

Qawam al-Din dikarang oleh Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi atas permintaan Shaykh ‘Abdullah Fahim, sebagai pertolongan khayrat Madrasah Da’irat al-Ma‘arif al-Wataniyyah ke atas Tuan Guru al-Ustadh Haji Abu Bakar al-Baqir yang sedang bergelut mendirikan Madrasah al-Ihya’ al-Sharif, Gunung Semanggol. Naskhah Qawam al-Din yang ringkas dan kemas ini menjadi bukti penzahiran kasih seorang tuan guru dan semangat setia kawan anak muridnya dalam mendidik anak bangsa mencapai kebahagiaan dan kemuliaan.

You may also like

Recently viewed