DBP

Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

$17.50

Author: Zainal Abidin Ahmad (Za'Ba)

Type: Hardback

Pages: 162

Dalam tahun 1920-an, ejaan jawi sudah hampir lupus di Indonesia bahkan kitab agama dan Qur’an pun ditulis dalam ejaan Rumi. Za’ba hendak memastikan bahawa hal ini tidak berlaku di Semenanjung Tanah Melayu. Caranya ialah berusaha menulis buku Rahsia Ejaan Jawi, mengajar orang-orang Melayu menulis dan mengeja bahasa mereka melalui sistem tulisan yang menjadi lambang budaya mereka turun-temurun.

Buku ini sungguh istimewa. Dalam buku ini tergambar daya kreatif Za’ba wujudkan konsep-konsep baru dalam kaedah tulisan (grafologi) dan kaedah ejaan (ortografi). Konsep-konsepnya dalam grafologi sungguh menarik dengan istilah-istilah ciptaannya sendiri yang mudah difahami oleh orang dan ada kalanya terdapat humor disebaliknya.

Dalam mengajar bagaimana mengeja perkataan dalam tulisan Jawi, beliau menggabungkan prinsip-prinsip fonetik, morfologi dan grafologi.

Beliau mempertahankan prinsip bahawa tulisan jawi merupakan tulisan silabari (syllabary), bukan seperti sistem tulisan Rumi yang sekarang kita kenal sebagai sistem grafemik. Oleh kerana itu, sebarang penyesuaian sistem ejaan jawi dengan cara mengeja ala tulisan Rumi menyimpang dari tradisi silabari yang mengasaskan tulisan jawi.

Sistem Ejaan Jawi yang dianjurkannya dalam suku pertama abad ke-19 iaitu sudah cukup baik dan mantap digunakan berdekad-dekad lamanya sehingga muncul ejaan yang diperbaharui pada akhir abad ke-20 dan diasaskan pada tulisan Rumi.

Apa yang berlaku itu bertentangan dengan prinsip Za’ba mengenai ejaan. Katanya apa yang sudah mantap dan diterima masyarakat tidak perlulah diubah-ubah lagi hanya berdasarkan “hukum atau undang-undang yang direka oleh satu orang”.

Kata-kata Za’ba itu hendaklah menjadi panduan kita dalam usaha kita membina bahasa Melayu

You may also like

Recently viewed