Penerbitan Hayrat

Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah

$15

Author: Badiuzzaman Said Nursi 

Penterjemah: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Penerbitan Hayrat

Pages:108

Type: Paperback

Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah merupakan karya Badiuzzaman Said Nursi yang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama iaitu Risalah Keikhlasan membicarakan sebab-sebab perpecahan antara umat Islam dan penawar bagi setiap masalah perpecahan tersebut. Selain itu, Said Nursi juga membahaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan dalam risalah yang sama.

Manakala Risalah Ukhuwwah pula membahaskan sikap-sikap seperti berpuak-puak (taksub), keras kepala dan perseteruan dalam kalangan orang mukmin adalah bermudarat serta menjadi racun kepada kehidupan manusia. Pada bahagian penutup, Said Nursi menafsirkan ayat ghibah (mengumpat) dari surah al-Hujurat ayat 12 dengan menunjukkan i’jaz al-Quran dan dalil-dali keburukan mengumpat. 

 

You may also like

Recently viewed