
Biblio Press
Sang Pemanah
Author: Paul Coelho
Pages: 139
Type: Paperback
Setiap panah menerjang ke pelbagai arah. Kau boleh sahaja melepaskan beribu panah, dan setiap satunya jatuh ke pelbagai tujuan: itulah cara busur menyusur.
Pemanah terbaik negara, Indera, kini hidup bersederhana sebagai tukang kayu di sebuah kampung, dicabar oleh pemanah lain yang datang dari ranah jauh. Indera menerima cabaran tersebut, dan mengajar pemanah asing itu bersama seorang budak, falsafah di sebalik memanah.
Dalam Sang Pemanah, Paulo Coelho menggambarkan prinsip yang sepadan bukan sahaja dalam memanah, malah dalam semua aspek kehidupan; gabung-jalin prinsip-prinsip yang membawa kepada pelbagai kebaikan.
"Saya menulis karya ini, di mana busur, anak panah, sasaran dan pemanah membentuk bahagian penting dalam sistem pertumbuhan dan cabaran yang sama."
-Paulo Coelho