
Tentang Kita
Ketika Kita Sedang Menghancurkan Diri Sendiri
Author: Dr Nor Hidayah
Pages:
Type: Softcover
Kita selalu menyakiti diri sendiri, sedar atau tanpa kita sedari. Tidak kira fizikal atau
mental. Namun, bagaimana pula dengan yang tidak menyedari bahawa dia
sebenarnya sedang menyakiti dirinya sendiri, perlahan-lahan “menghancurkan” diri
dan membiarkan dirinya hanyut dalam kesakitan yang halimunan.
Buku ini membawa tentang self-destructive behaviour, kelakuan-kelakuan yang
mungkin tanpa disedari kita lakukan, dan tanpa kita sedari juga, sebenarnya
semakin melukakan kita. Di sini, penulis menerangkan bagaimana untuk
membezakan tingkah laku yang menyakiti dan perbuatan orang yang sebenarnya
mencintai dirinya sendiri.
Untuk mendewasa, kita harus kenal siapa diri kita yang sebenar. Dan untuk
mengenali diri kita, terlalu banyak emosi, perasaan dan tingkah laku yang harus
kita fahami terlebih dahulu. Dengan memahami lagi tentang self-destructive
behaviour ini, kita akan lebih tahu, adakah kita sudah cukup mencintai diri sendiri.