
Darul Mujtaba
Solat Seolah-olah Melihat Allah
Author: Iqbal Zain al-Jawhari
Type: Hardback
Pages: 1321
Edidi ini berbentuk syarahan kepada kitab asal berjudul Salat al-Muqarrabin karangan al-Habib Hasan bin Salih al-Bahr (meninggal 1273H/1853M).
Syarahan kepada kitab ini menumpukan kepada penghayatan solat di atas makna al-Ihsan iaitu menyembah Allah seakan-akan melihat-Nya, dan jika tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia Maha Melihat.
Solat adalah Istana Pertemuan antara pecinta dan Kekasihnya. Ia merupakan Jalan Ketuhanan yang paling utama untuk menyingkap tabir antara perindu dan Yang Dirindui. Buku ditangan anda ini menyingkap rahsia perjalanan menuju Allah, setiap baris ayatnya membawa pembaca untuk mengembara dan berlayar ke samudera rohani yang luas sambil menyelami ilmu mengenal Allah dalam pengertian yang tersirat pada setiap pergerakan dan bacaan dalam solat, sehingga dapat menghirup kelazatan dan keasyikan bersama Allah Ta’ala.