Khazanah Fathaniyah
Syeikh Daud al-Fathani; Pengarang Ulung Asia Tenggara
Author:
TG Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Type: Paperback
Pages: 174
Kemunculan buku tentang "Syeikh Daud al-Fatani" hasil penyelidikan dan karangan al-Ustaz H.W Muhd Saghir Abdullah adalah merupakan satu usaha yang gigih dan bermakna dalam mengisi tuntutan budaya ilmu di rantau Alam Melayu ini.
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang ketokohan 'ulama ini. Insya Allah di atas penerbitan ini akan memenuhi sekelumit khazanah ilmu dalam menerajui geenrasi yang mendatang.
Pengarang buku ini telah mengobarkan masa dan tenaganya lebih kurang 30 tahun untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh ini. Semoga atas daya usaha beliau diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. dan dijadikan amal kebajikan yang berpanjangan.
Kata Pendahuluan
Fakhruddin Hj Mukti
Akademi Islam, Universiti Malaysia