Akademi Jawi Malaysia

Tafsir Mawdui Sungai

$75

Author: Zulkifli Mohd Yusoff & Zaini Ujang

Pages: 245 

Type: Hardcover

Buku ini dirangka dan ditulis kerana menyedari betapa banyak ayat al-Qur'än dan hadith Nabi Muhammad & menyebut tentang sumber air, terutamanya sungai. Namun demikian, jarang dibicarakan tentang sungai daripada perspektif al-Qur'än dan hadith dalam menangani perkembangan masyarakat, melentur aktivisme alam sekitar atau mencorakkan majlis ilmu di serata dunia.

Tafsir mawdu'i atau bertema adalah kaedah penulisan yang cuba mengumpulkan ayat-ayat al-Qur'an dalam tema yang sama untuk dikaji, kemudian difahami supaya mudah dihayati dan dilaksanakan sepanjang hayat. Dalam sejarah perkembangan ilmu tafsir al-Qur'ãn, pemahaman dalam tema-tema utama - khususnya berkaitan dengan hal ehwal perundangan dan aspek kehidupan lain memudahkan proses rujukan, pengajaran dan penghayatan. Ini melibatkan kepakaran disiplin ilmu pengajian al-Qur'an dan disiplin ilmu sesuatu tema yang dibicarakan. Ini sesuai dengan pengertian mawdu'i yang bermaksud masalah pokok atau isi pembicaraan yang berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan manusia, khususnya yang relevan dengan suasana semasa yang terkandung dalam al-Qur'an. 

Itulah yang mendorong kami berusaha untuk mengkaji hampir semua kitab tafsir utama yang ada di pasaran, bukan sahaja tafsir muktabar malah termasuklah tafsir terbaharu dalam bahasa Inggeris dan Melayu (dan Indonesia) untuk mencari "kerangka dan ajaran berkaitan sungai" dalam al-Qur'an. Ternyata, tidak banyak bahan tafsir yang boleh dikumpulkan dari perspektif ilmu yang pelbagai.

Biasanya istilah atau perumpamaan sungai ditafsirkan dalam konteks tema-tema besar lain, seperti sifat Alläh Yang Maha Berkuasa yang menciptakan alam sejagat, anugerah Allah kepada manusia, gesaan supaya berfikir tentang ciptaan alam, supaya sejarah para nabi dan balasan serta nikmat di syurga. Ada juga pentafsiran menjurus kepada perbahasan istilah, bahasa dan huraian hadis yang berkaitan dengan sebab musabab penurunan sesuatu ayat berkaitan sungai.

You may also like

Recently viewed