Penerbit UKM

Tarekat Shattariyyah Alam Melayu

$17

Authors: Amani Ali ElMetwalyArieff Salleh RosmanMD Zuraini MashromMohd Syukri Yeoh AbdullahMuammar Ghaddafi HanafiahRohaimi Rastam

Type: Paperback

Pages168

Tarekat Shattariyyah Alam Melayu menelesuri refleksi sejarah perkembangan tarekat rohani Islam dan amalannya di seluruh Nusantara menerusi kajian manuskrip ahlilLah. Manuskrip Alam Melayu terutama sekali ahlilLah adalah warisan khazanah persuratan dan perkembangan intelektual Alam Melayu. Kelahirannya bertaut rapat dengan perkembangan kemasukan Islam di rantau ini. Ini kerana ajaran Islam mewajibkan setiap individu penganutnya menuntut ilmu. Dengan demikian, tulisan jawi diperkenalkan kepada masyarakat Alam Melayu diguna untuk merakam dan menyampaikan buah fikiran dan cetusan minda intelektualnya. Hasilnya terdapat pelbagai bidang displin ilmu yang menyangkut kehidupan masyarakat Alam Melayu telah dicatat dalam manuskrip. Tajuk atau judul-judul diguna bagi mengklasifikasi manuskrip Alam Melayu, antaranya seperti hikayat, syair, sastera kitab, qanun, astronomi dan sebagainya.

Kajian ini menelesuri pentingnya nilai sanad tarekat Shattariyah manuskrip al-Simt al-Majid, karya Shaykh Ahmad al-Qushasi yang diterbit pada 1327H oleh Matba’ah Majlis Da’irah al-Ma’arif al-Nizamiyyah di India. Perbincangan ini telah menemukan banyak jenis sanad yang dikemukakan secara lengkap, antaranya, sanad amalan seperti sanad Ilbas al-khirqah (pemakaian khirqah), sanad disiplin ilmu seperti sanad ilmu tarekat dan sanad ilmu hadis. Kesemua sanad ini telah digabungjalinkan ke dalam sanad tarekat Shattariyyah. Terdapat empat puluh lebih sanad displin ilmu tarekat rohani lain telah dimasukkan ke dalam tarekat Shattariyyah. Para mursyid Shattariyyah memiliki autori (wewenang) untuk menggunakan mana-mana kaedah tarbiyah Ruhiyyah untuk mendidik rohani para muridnya yang dianggap sesuai dan memberi ijazah pengamalan tarekat rohani tersebut.

Tarekat Shattariyyah Alam Melayu cuba menelusuri asal usul dan dasar ajaran Tarekat Shattariyyah yang berkembang di Alam Melayu. Penganalisaan data daripada kajian lapangan dan perpustakaan memperlihatkan impak tarekat Shattariyyah dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu, terutama sekali Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dasar ajarannya adalah sunni mahzab kalam al-Asha’irah wa al-Maturidiyyah, mazhab fiqh Shafii, Maliki dan juga Hanafi, pengalaman al-Tarbiyyah al-Ruhiyyah tarekat Shattariyyah boleh menjadi alternatif modal insan untuk merawat pelbagai penyakit rohani dalam masyarakat Islam, yang ingin menuju kepada kejayaan masa depan umat, negara dan bangsa di seluruh Alam Melayu.

Senarai Rajah
Prakata

BAB 1 Muqadimah

BAB 2 Sejarah Tarekat Shattariyyah Alam Melayu (Nusantara)

BAB 3 Kepentingan dan Nilai Sanad Shattariyyah dalam al-Simt al-Majid, Shaykh Ahmad al-Qushashi

BAB 4 Tarekat Shattariyyah dan Dasar Ajarannya

BAB 5 Manhaj Tarekat Shattariyyah Rohani

BAB 6 Gerakan Dakwah Tarekat Shattariyyah di Nusantara: Satu Tinjauan Sejarah

BAB 7 Peranan Tarekat Shattariyyah dan Tantangannya dalam Sejarah Menuju Kejayaan Masa Depan Umat, Negara dan Bangsa

Rujukan
Senarai penyumbang
Indeks

 

You may also like

Recently viewed