Nurul Anwar Bookstore

Taring Putih

$16

Penulis: Jack London

Penterjemah: Sabrina Heidi

Muka Surat: 310 Halaman

___________

Jack London mungkin antara penulis pertama kelahiran Amerika yang mendapat kejayaan komersial dengan menulis. Karya² awal yang terhasil adalah hasil dari pemerhatiannya dan pengalamannya sendiri sewaktu demam emas Klondike melanda. Seperti kebanyakan pengembara yang bercita-cita tinggi, London pulang dengan kekecewaan, namun tidaklah tanpa pengalaman.

Taring Putih (1906) merupakan salah satu kisah penggembaraan Alasakanya di mana haiwan menjadi watak utama. Dan jika diamati dengan teliti watak-watak haiwan di dalam novel-novelnya, mereka tidaklah jauh bezanya dengan manusia; masing-masing punya ambisi tersendiri dan bergelut untuk bertahan hidup. Taring Putih boleh jadi sebuah kisah manusia tipikal, seekor (atau seorang?) anak kecil yang polos dikejutkan dengan realiti dunia yang kejam seawal usia, cuba bertahan hidup dan mencari tempatnya di dalam apa yang dipanggil sebagai kehidupan. Tentu sekali pertumbuhan itu suatu yang menakutkan, tetapi arus kehidupan bergerak ke arahnya, dan tiada apa pun yang mampu menidakkannya seiiring perarakkan masa. Dia perlu bertahan hidup dan menjadi kuat, kerana jauh dari peradaban manusia hanya hukum rimba yang berkuasa, dan hukum ini memberi ganjaran pada yang kuat dan akan menghukum yang lemah

You may also like

Recently viewed