Khazanah Fathaniyah
Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali
Author:
TG Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Type: Paperback
Pages: 67+15
Ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah, Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar yang lain.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pon berkemampuan menjawab maslalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan, lalu dijawab dengan sejelas-jelasnya.Setelah peristiwa itu, Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai "khadam" kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali seluruh gerak dan diamnya hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathanisemata-mata untuk kepentingan agama Islam, bukan kepentingan diri peribadinya,