Nurul Anwar Bookstore

Tradisi Ratib Al-Haddad Di Alam Melayu: Manuskrip, Sanad, Kitab, Dan Pembudayaannya

$18

AuthorAbdul Razak Abdul Rahman

Type: Paperback

Pages: 275

Rātib al-Ḥaddād ialah sebuah ‘amalan yang disusun oleh seorang Walī Allāh yang besar di dalam sejarah ummat Islam iaitu Quṭb al-Irshād al-Imām al-Ḥabīb ‘Abdu’Llāh ibn ‘Alawī al-Ḥaddād yang beraṣal dari Ḥaḍramawt, Yaman. ‘Amalan Rātib al-Ḥaddād tidak asing lagi di kalangan bangsa Melayu dan telah di‘amalkan semenjak sekian lama. 

 Karya ini mengumpul dan melampirkan manuskrip Jawi Rātib al-Ḥaddād dan kitab-kitab Jawi yang melampirkan Rātib al-Ḥaddād. Karya ini juga menjelaskan siapakah ‘ulama di ‘Alam Melayu yang meng‘amalkan ratīb ini serta sanad mereka yang bersilsilah kepada Imām al-Ḥaddād.

 Karya ini juga menerangkan tentang pengaruh ‘amalan Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu antaranya di Terengganu, Johor dan lain-lain negeri Melayu.

You may also like

Recently viewed