DBP

Tuan Hussain Kedah: Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia

$22

Author: Ahmad Yumni Abu Bakar et. al

Pages: 216

Type: Hardcover

Sistem pengajian pondok merupakan kaedah pendidikan tertua di Asia Tenggara. Perkembangan sekolah Melayu juga tercetus daripada sistem pendidikan pondok di masjid, iaitu al-Suffah dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tuan Hussain Kedah, seorang tokoh ulama Malaysia yang bergiat aktif dalam penubuhan sistem pendidikan pondok di Malaysia.

Ketokohan dan ketegasan Tuan Hussain dalam mengembangkan agama Islam menyebabkan beliau menjadi idola masyarakat setempat. Selain itu, hasil penulisan Tuan Hussain Kedah juga menjadi rujukan masyarakat sebagai panduan kehidupan seharian. Beliau turut mengetengahkan pelbagai pola dan teknik penulisan untuk memudahkan pemahaman rakyat jelata dalam menimba pengetahuan. Buku ini sesuai dijadikan bacaan umum dan rujukan untuk menanamkan kecintaan terhadap ilmu serta menyuntik motivasi terhadap generasi akan datang.

You may also like

Recently viewed