
Nurul Anwar Bookstore
Da'irah Al-Wujud Shaykh Shamsuddin Al-Sumatera'i: Perbandingan Manuskrip Dan Analisis
Author: Rohaimi Rastam
Pages: 254
Type: Paperback
Shaykh Shamsuddin al-Sumatera'i (1548-1630) termasyhur selaku cendekiawan yang berperanan menumbuh jadinya ilmu-ilmu Islam pada eranya di Alam Melayu. Pengkarya kepada lebih daripada lima puluh manuskrip, lantaran itu memberi pengaruh yang tiada taranya, bukan sahaja pada kalangan sahabat dan muridnya yang terdekat, lebih utama di lingkungan istana Sultan Aceh Darul Salam.
Maka kini sudah tiba waktunya untuk menyuluhi salah sebuah manuskrip gemilang beliau, iaitu Da'irah al-Wujud MSS 1556 C, Perpustakaan Negara Malaysia, memperbandingkan manuskrip tersebut dengan teks ke-12 koleksi William Marsden 11648, School of Oriental and African Studies, Universiti London. Transliterasi bagi kedua-dua manuskrip dilunaskan sebelah menyebelah bagi memudahkan meneliti persamaan serta perbezaan. Sedangkan analisis isi kandungan pula memperlihatkan keunggulan pernyataan tawhid La ilaha illa'Llah melampaui pengucapan lahir semata-mata. Telusuri Da'irah al-Wujud melalui penerbitan ini sebagai mewakili sekian banyak perbendaharaan intelektual Alam Melayu yang amat bernilai dalam bidangnya.