
DBP
Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar)
Author: A. Samad Ahmad
Pages: 375
Type: Paperback
Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu, diselenggara oleh A. Samad Ahmad berdasarkan naskhah lama tulisan tangan milik Haji Othman Abdullah (cod DBP MSS 86). Angka halaman pada halaman terakhirnya ialah 321. Beberapa halaman pada bahagian permulaannya telah hilang, dan kira-kira suku bahagian naskhah itu tulisannya berkeadaan kelam dan agak sukar dibaca. Sekurang-kurangnya dua halaman naskhah itu (hal. 82 dan 83) tulisannya hilang sama sekali. Selain segala kekurangan dan kecacatan ini, keadaannya boleh dikatakan masih baik, dan tulisan pada bahagian terbesarnya adalah terang dan jelas. Semasa mengusahakan buku ini, naskhah inilah yang penyelenggara jadikan asas panduan; di halaman-halaman yang hilang pada bahagian permulaan naskhah tersebut, dan pada bahagian-bahagian hurufnya kelam dan sukar dibaca, rujukan telah dibuat kepada naskhah Munshi Mohammad Ali (cod DBP MSS 86A).