Pelita Dhihin
Wacana Pemikiran Islam: Isu dan Polemik
Pengarang:Syed Shahriman Syed Ali
Muka Surat: 195 halaman
Type: Paperback
Kandungan:
Wacana Pemikiran Islam: Isu dan Polemik merupakan sebuah koleksi esei penulis yang pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 2015 hingga 2020. Beberapa persoalan yang dihidangkan menerusi buku ini, menuntut sidang pembaca agar berlapang dada dan berfikir secara rasional sama ada menerima atau menolaknya lantaran penulis sendiri tidak pernah mahu memaksa setiap pandangan yang disuguhkan diterima bulat-bulat. Isu-isu perbezaan pandangan mazhab fiqah, aliran pemikiran akidah, Sunni dan Syiah, idea radikalisme yang menggugat keharmonian dan perpaduan ummah dan banyak lagi, semuanya perlu diwacanai oleh akal yang jernih. Di samping itu, buku ini juga tidak melupakan penyebaran ilmu pengetahuan yang memadai sebagai bekalan ilmu dan maklumat buat pembaca masa kini dan masa hadapan.
